JENIS JENIS BUNGA
1. BUNGA KERTAS
Bunga Bougenville atau disebut juga sebagai dengan Bunga kertas yang merupakan salah satu tanaman hias yang sangat terkenal. Bunga ini memiliki tangkal yang berwarna-warni. Keindahannya terserlah kerana bunganya yang berwarna sangat cerah dan memikat perhatian kerana tumbuh dengan lebat dan rendang
2. BUNGA LAVENDER
Bunga Lavender merupakan bunga yang berasal dari wilayah selatan Laut Tengah, iaitu di wilayah Afrika hingga ke timur dan India. Tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Lamiaceae yang tersusun dari 25-30 spesies.
Lavender termasuk tumbuhan yang dari jenis rumput-rumput, semak pendek dan kecil. Bunga lavender ini biasanya ditanam di iklim yang sederhana sebagai tanaman hias, bahan makanan, dan ekstrak minyak esensial.
3. Bunga Matahari
Bunga Matahari yang bernama latin Helianthus annuus L. ini adalah tumbuhan semusim dari suku kenikir (Asteraceae) yang sangat popular sebagai tanaman hias. Bunga matahari juga memiliki banyak manfaat seperti boleh menghasilkan kuaci dan minyak yang boleh dijual
Bunga matahari biasa ditanam oleh orang-orang Indian Amerika Utara semenjak ribuan tahun yang lalu dan sekarang bunga matahari ini telah tersebar ke Amerika Selatan sampai ke wilayah Eropah dan Ukraine. Tumbuhan ini tumbuh di wilayah yang beriklim subtropik dengan tanah yang subur dan panas.
4. Bunga Mawar
Bunga Mawar adalah sejenis bunga yang mempunyai lebih 100 spesies, Umumnya spesies mawar sendiri merupakan tanaman yang berduri dan memanjat yang tingginya boleh mencapai hingga 2-5 meter.
Bunga Mawar ini juga mempunyai 5 helai daun mahkota, kecuali genus Rosa sericea yang mempunyai 4 daun mahkota. Kebanyakan mawar pada umumnya mempunyai warna merah, putih, pink, kuning dan biru di beberapa tempat.
Bunga mawar tumbuh subur di wilayah yang beriklim sederhana. Beberapa bunga mawar merupakan hasil kaedah penyambungan (grafting) dan tumbuh di wilayah yang beriklim tropika dan subtropika.
5. BUNGA ANGGERIK
Orchidaceae adalah nama lain bunga anggerik. Bunga anggerik merupakan salah satu jenis tanaman bunga yang mempunyai spesies terbanyak.
Bunga anggerik ini sangatlah indah dan kepelbagaiannya hampir tidak terbatas. Anggerik biasanya dijual sebagai tanaman pot serta sebagai bunga potong saja.6. Bunga Alamanda
Allamanda cathartica atau yang kita sering sebut dengan bunga terompet emas atau bunga buttercup. Tanaman ini merupakan pohon bunga yang termasuk golongan perdu berkayu dengan tinggi yang dapat mencapai 2 meter.
Allamanda cathartica atau yang kita sering sebut dengan bunga terompet emas atau bunga buttercup. Tanaman ini merupakan pohon bunga yang termasuk golongan perdu berkayu dengan tinggi yang dapat mencapai 2 meter.
Bunga Allamanda ini berasal dari daerah amerika Tengah dan selatan, dan terdapat juga di daerah Brazil. Bunga ini hanya digunakan sebagai hiasan kerana bentuk yang indah.
7. Bunga Asoka
Bunga asoka merupakan tumbuhan yang digunakan sebagai tanaman hiasan. Di Indonesia, terkenal dengan dua jenis bunga asoka, iaitu pohon asoka yang menumbuh tinggi tanpa ranting. (Poyalthia Longifolia) dan bunga asoka biasa (Polyalthia sp) memiliki ranting dan berdaun runcing.
Selain sebagai tanaman hiasan, bunga asoka juga memiliki khasiat tersendiri. Bunga ini dapat mengubati luka dengan meminum air rebusan dari bunga asoka yang di tambahkan dengan mawar kering dan daun dewa.
8. BUNGA MELATI
Bunga Melati adalah sejenis tanaman hiasan yang berupa perdu berbatang tegak. Bunga ini adalah genus dari semak dan tanaman yang merambat dalam keluarga zaitun (Oleaceae). Terdapat lebih kurang 200 spesies tumbuhan bunga melati asli dari wilayah yang beriklim tropika dan dari Eurasia, Australasia sampai Ocean.
Bunga melati ini biasa diusahakan sebagai tanaman hias dan untuk bau khas bunga seperti teh melati dan minyak wangi.
9. BUNGA TULIP
Bunga Tulip adalah tanaman berbunga yang tergolong dalam jenis gen Tulip, Terdapat lebih kurang 100 spesies bunga tulip. Tumbuhan ini berasal dari Asia Tengah dan bertumbuh liar di wilayah pergunungan Hindu Kush, pergunungan Kashmir dan di Kazakhstan.
BungaTulip ini bleh mencapai tinggi yang antara 10–70 cm. Bunganya yang berukuran cukup besar terdiri 6 helai daun mahkota, daunnya berlilin, berbentuk sempit memanjang berwarna hijau kebiru-biruan.
Bunga tulip juga tersenarai sebagai bunga termahal di dunia!
10. BUNGA TERATAI
Bunga Teratai adalah bunga yang merupakan tanaman hidup diatas air yang berasal dari suku Nymphaeaceae, Bunga dan daun teratai ini terapung pada permukaan air, keluar dari tangkai yang berasal dari akar yang terdapat di dalam air pada dasar kolam atau sungai. Bunga Teratai ini salah satu tanaman air yang cukup unik. Meskipun hidup pada permukaan air yang berlumpur tetapi warna bunganya tetap tampak lebih cantik untuk dilihat.
Terima kasih :)